Tuesday, 8 December 2009

Selamat Pagi Cikgu

Blog ini memaparkan hal-hal yang berhubung P&P guru pendidikan seni visual. Segala maklumat merupakan perkongsian bersama untuk meningkatkan mutu profesyen guru pendidikan seni visual dari sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Sama-samalah kita gunakan blog ini untuk meningkatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

3 comments:

  1. Saya suka, saya suka.. (Upin) suka, suka, suka, suka (Ipin). Kongsi aktiviti seni di sekolah saya di http://cikgusenismkbk.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Thanks, semoga terus berjuang meningkatkan martabat pendidikan seni visual

    ReplyDelete
  3. Professionalkah guru? Semuanya hendak dibuat. Gurulah perancang program, guru jugalah yang angkat pasu bunga. Itu belum campur ajar subjek campur-campur. Nama jawatan bukan main, Pengurus Bola Jaring, tapi sebenarnya driver nak bawa pelajar main. Itu belum kira petang-petang kena tunggu sampai 6.30 pelajar berlatih. Jawatannya Penyelaras Program, tapi sebenarnya merangkumi posto hantar surat jemputan. Kena pula latih pelajar kawad kaki untuk perbarisan rumah sukan dan pasukan pengakap. Kalau badan dibelah 6 belum tentu dapat dibahagi sama rata antara semua tanggungjawab.
    Sebenarnya nak bagitau, belum sempat nak jumpa guru-guru N9 Seni Visual. Tapi Hj. Shamsir dah tolong uruskan nak buat teknik menjawab Seni Visual di Port Dickson. Dah sampai ke JPNS kertas kerjanya. Tapi masih senyap lagi. Risau juga.
    Apapun, untuk sekolah sendiri dah mula. Ok juga. Bila jumpa cikgu lain, sekurang-kurangnya idea dan ilmu dah banyak.
    Saya cuba bantu pelajar dengan panduan di blog saya, seperti blog Seni Visual. Tapi nak cari masa untuk tulis blogpun, satu masalah juga.
    Semoga Allah cekalkan iltizam dan azam. Walaupun penat, tapi bila tengok wajah anak didik yang penuh mengharap, timbul semangat. Bila anak didik mendapat apa yang diingini, itulah KEPUASAN seorang guru!

    ReplyDelete