Tuesday, 6 April 2010

Bebab Guru-guru di sekolah

KUALA LUMPUR 4 April - Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengkaji beban guru di seluruh negara masih lagi di peringkat perbincangan bagi menentukan anggota dan bidang kuasanya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut berkata, selepas perkara itu diputuskan, pihaknya akan membentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita akan tentukan dahulu siapa anggota jawatankuasa tersebut, bidang kuasanya serta perangkaan kasar tindakan yang diambil kepada menteri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan, Abdullah Mahmood.

Rabu lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru di seluruh negara.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas kementerian mendapati aduan tersebut berasas kerana terdapat guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengajar.

Dalam pada itu, Alimuddin yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Guru Malaysia Berhad berkata, penubuhan koperasi tersebut membolehkan organisasi itu terus membela kebajikan 129,124 orang ahlinya.

Thursday, 25 March 2010

Banyak sekolah tersasar dalam membuat rancangan tahunan PSV

Dalam kajian rambang saya, didapati Rancangan Tahunan PSV (RTPSV) yang diguna oleh guru-guru PSV untuk tingkatan 2 dan 3 tersasar dari matlamat Sukatan dan Huraian Sukatan PSV. Kebanyakan RTPSV tingkatan 2 dan 3 masih mengajar Asas Seni Reka (ASR) seperti mana tingkatan 1. Sepatutnyaya pada tingkatan 2 dan 3 P & P adalah integerasi ARR dengan bidang-bidang Seni. Kelemahan ini adalah disebabkan:
1. Guru terlalu berpandukan beberapa buku rujukan yang tidak menepati sukatan, contoh buku terbitan Fajar Bakti.
2. Guru tidak meneliti Huraian Sukatan PSV semasa membuat Rancangan Tahunan.
3. Kebanyakan sekolah membenarkan guru bukan opsyen mengajar PSV.
4. Pembinaan Rancangan tahunan sebaiknya dibuat diperingkat negeri yang dikelolakan oleh guru atau JU yang bertauliah.

Implikasi:
1. PSV dianggap tidak penting.
2. Membosankan pelajar yang mengulangi perkara Asas
3. pembinaan item soalan yang tidak mengikut tahap.
4. kefahaman P & P guru longgar
5. Aplikasi PSV tidak terurus

Thursday, 25 February 2010

Kurikulum lebih kreatif

Kurikulum lebih kreatif, menyeronokkan diperkenal

Oleh Saufi Hamzah dan Junita Mat Rasid
bhnews@bharian.com.my

Berita Harian 24 Februari 2010 - Rabu

MUHYIDDIN bersama isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman mencuba permainan robotik dihasilkan pelajar dalam kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh, semalam.

Penerokaan ilmu secara inovatif, tidak berorientasi peperiksaan

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum sekolah yang menekankan aspek penerokaan ilmu secara mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri berkata, transformasi yang lebih berpusatkan murid itu bagi menerapkan aspek budaya berfikir kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Katanya, proses pembelajaran dalam bilik darjah tidak didominasikan oleh guru, sebaliknya mementingkan interaksi antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap membantu percambahan idea serta minda yang kreatif dan inovatif.

"Kunci kepada pemupukan budaya inovasi adalah kokurikulum yang seimbang dari aspek penyampaian ilmu dan penjanaan budaya berfikir kerana kajian menunjukkan antara halangan utama pemupukan budaya ialah sikap mementingkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan semata-mata tanpa penekanan penerokaan ilmu dan penjanaan budaya berfikir.

"Budaya kreatif dan inovasi perlu dipupuk pada peringkat awal dan sekolah adalah inkubator inovasi paling penting dalam usaha melahirkan generasi pemikir serta pencipta masa depan," katanya ketika melancarkan Myideas@Schools, di Sekolah Kebangsaan (SK) Lenga, dekat Pagoh, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili, Ketua Setiausahanya, Datuk Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, budaya kreativiti dan inovasi boleh dipupuk melalui kegiatan kokurikulum termasuk bengkel, seminar dan pertandingan kerana murid berpeluang mengemukakan idea kreatif dalam pelbagai bidang seperti seni penulisan, lukisan serta penciptaan.

Sehubungan itu, pelaksanaan Myideas@Schools adalah contoh inisiatif kerajaan untuk memupuk budaya inovasi di kalangan murid dan satu langkah melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran tinggi.

Beliau berkata, fasa per tama program yang akan membabitkan 23 sekolah di seluruh negara dapat memberi impak yang berkesan dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

"Kita mahu idea bernas portal Myideas@Schools direalisasikan dalam bentuk produk, proses atau perkhidmatan yang berkesan kerana kita perlu memastikan idea bukan hanya tinggal idea, sebaliknya dipersembahkan dengan cara yang meyakinkan serta diterjemahkan dalam bentuk yang praktikal," katanya.

Pada sidang akhbarnya, Muhyiddin berkata, transformasi kokurikulum itu adalah proses berterusan supaya pelajar tidak hanya tertumpu kepada peperiksaan untuk mendapat keputusan cemerlang semata-mata.

Saturday, 16 January 2010

The Importance of Visual Arts in Schools

Saya merasakan betapa pentingnya Pendidikan Seni Visual di sekolah. Oleh yang demikian saya mengambil sebuah artikal oleh Simen Oliver bertajuk 'The Importance of Visual Arts in schools'. Artikal ini dalam bahasa Inggeris.

Visual arts are a class of art forms that include: painting, sculpture, photography, and other disciplines that focus on the creation of artworks which are primarily visual in nature. Visual arts are said to be important in schools since they tend to develop the intelligence, as well as the overall personality of students. In fact, studies have shown that students who are exposed to visual arts tend to display above average intelligence when it comes to mathematics and science.

Likewise, students who are greatly exposed to visual arts have been observed to exhibit refined manners and develop a much-matured outlook on life. Most educators have also noticed that students perform better in class when visual arts are incorporated in their curriculum.

Moreover, visual arts provide meaningful self-expression of all students. This is also the reason why a great number of educators have integrated visual arts in some of their subject areas in the curriculum. Visual arts educators make use of rich arrays of content to design curriculum that will enable students to be able to meet various standards at different grade levels.

In order to meet the standards, students must be able to learn vocabularies as well as some concepts that are associated with diverse types of work in the visual arts. Likewise, students are expected to exhibit their competence in various levels in visual, oral, and written form. As early as kindergarten, children are taught how to make choices that would enhance the communication of their creative ideas.

Students that are in the middle grades are expected to apply the knowledge as well as the skills in the visual arts to their ever-expanding personal world. Students at this level tend to consider visual art works within its historical concepts that creates in them a deeper appreciation of their own values, and likewise appreciate the values of others and somehow discover the connection of visual arts to the universal needs of people in terms of their values and beliefs.

Students in the higher levels are expected to create more complex and insightful works of visual arts that will reflect the maturation of their creative as well as their problem-solving skills. And although, visual arts classes make use of varied tools, techniques, and processes, students are expected to understand the relationship of different types of media, styles, forms, techniques as well as some of the processes involved in the creation of their own form of visual art. Students are also taught how to recognize the intrinsic value of visual arts and what makes it important in the lives of all educated persons.

Visual arts are also used in therapy procedures for aiding child development. Visual arts assist in educating disabled children, especially those who are blind and have hearing problems. Aside from that, visual arts also help in building communities, mural projects, and are also used to provide education for mentally ill individuals.

At present continuous studies are being conducted to discover more benefits derived from incorporating visual arts in educating students.


Sunday, 20 December 2009

Persediaan mula persekolahan 2010


2010 dah nak mula menjengok kita. Kepada rakan-rakan guru PSV dan Pensyarah STPM Seni Visual mula sudah merancang untuk P & P dan bahan dan alat untuk mengajar. Bilik seni dah lama ditinggalkan semasa cuti perlu dicuci... peralatan seni juga perlu ditengok, agak-agak cukup atau mahu menambah yang baru.

Paling penting cikgu PSV akan merancang P & P akan lebih berkesan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Cikgu tetap cikgu, semangat untuk melihat anak muridnya maju dan berjaya terus menjadi cita-citanya. Tak lama lagi cikgu akan berjumpa dengan murid-murid baru untuk terus belajar dibilik seni.

Cikgu perlu merancang perkara-perkara berikut untuk memastikan kita terus berjaya dalam PSV, antaranya:
  • Perancangan P & P mengikut Strategi yang bersesuai dengan tahap murid
  • Pengurusan PSV dari segi bilik, alat dan bahan perlu menepati keperluan semasa.
  • Perancangan Ko-kurikulum PSV memberi peluang kepada murid agar menonjolkan PSV sebagai ko-kurikulum yang memberi manfaat.
  • Sentiasa berbincang sesama guru-guru PSV agar mata pelajaran ini lebih efisyen.
  • mengadakan projek kecerian yang menonjokkan bidang seni visual.
  • dan banyak lagi...
Kepada cikgu pendidikan seni visual sila buat komen untuk sama-sama kita berkongsi untuk meningkatkan bidang ini....

Selamat kembali kesekolah.....

Tuesday, 8 December 2009

Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

LATAR BELAKANG

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

RASIONAL

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

  • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan
  • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
  • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
  • Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.
TUJUAN

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

  • Mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

PENGGUBALAN

Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

  • Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
  • Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
  • Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.
PENGGUNAAN

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru
  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
  • Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  • Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
  • Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.
Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
  • Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.
Guru Besar dan Pengetua Sekolah
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
  • Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.
Agensi Latihan Perguruan
  • Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
  • Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.
Kerangka SGM

Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).
  • Asas Penentuan Standard Dan Keperluan
Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:
  • Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
  • Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
  • Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,
  • Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,
  • Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
  • Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

  • Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

  • Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:

"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya";

(i) tanggungjawab terhadap pelajar,
(ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa
(iii) tanggungjawab terhadap negara dan
(iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

  • Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.


Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
Perincian Standard

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

S1.2 Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

S1.3 Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

PERINCIAN DAN KEPERLUAN

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:

Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan
K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan
K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa

Keperluan 3: Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:

K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostrktur

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:

K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

PENUTUP

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Selamat Pagi Cikgu

Blog ini memaparkan hal-hal yang berhubung P&P guru pendidikan seni visual. Segala maklumat merupakan perkongsian bersama untuk meningkatkan mutu profesyen guru pendidikan seni visual dari sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Sama-samalah kita gunakan blog ini untuk meningkatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual